Sunday, November 16, 2008

Pinjaman Bank Percuma - Usahawan Teknologi Komunikasi

Berita paling panas di pasaran sekarang. Tahu tak, kalau anda hendak jadi Usahawan Teknologi Komunikasi atau pun sebarang usahawan tapi tidak ada modal, anda boleh dapat pinjaman Bank (pembiayaan peribadi) sehingga RM150,000. Kalau anda pandai dan mengikut program yang disediakan, pinjaman anda menjadi percuma.

Syarat agak mudah sahaja. Semasa memohon, Bank tersebut akan buat saringan siapa yang layak. Untuk layak, anda hanya perlu buktikan anda berkemampuan untuk bayar balik secara ansuran. Konsep Pinjaman Bank Percuma, secara kasar anda hanya perlu kenalkan sekurang-kurangnya 2 peminjam baru kepada bank tersebut. Anda akan dibayar komisen atas usaha tersebut. Mengikut perkiraan bank, sekiranya anda memperkenalkan 6 orang mengambil pinjaman sebanyak RM30,000 setiap orang dan setiap mereka melakukan perkara yang sama, anda akan meraih pendapatan sehingga RM14,900 sebulan. Bermakna sehingga 5 tahun pendapatan anda ialah RM894,000. Dalam jangka panjang, komisen tersebut akan membayar pinjaman anda. Program ini diluluskan oleh Bank Negara dan Majlis Syariah.

Sebenarnya pinjaman ini bukan hanya untuk jadi usahawan tetapi bagi sesiapa juga yang memerlukannya. Untuk pembiayaan peribadi - kakitangan swasta pembiayaan sehingga RM150,000 selama 5 tahun. Untuk kakitangan kerajaan sehingga RM100,000 selama 10 tahun.

Untuk pembiayaan perumahan atau pembiayaan semula - pembiayaan sehingga 90 peratus daripada harga pasaran semasa hartanah anda.

Thursday, August 07, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi - Talian Tetap TM - Streamyx - Lets Talk

Usahawan Teknologi Komunikasi anda perlu memahami kaitan antara Talian Tetap TM - Streamyx - Lets Talk. Gunakan peluang yang ada untuk memaksimumkan pendapatan anda. Jangan sesekali abaikan potensi pendapatan anda dari Talian Tetap TM. Memang benar pendapatan dari Talian Tetap TM sahaja agak kecil. Tetapi jika anda memahami peluang yang bergolek di depan anda, pendapatan menjadi begitu lumayan sekali. Kebanyakan Usahawan Teknologi komunikasi fokus kepada 3 produk utama ini iaitu Talian Tetap TM, Streamyx dan Lets Talk.

Bakal-bakal Usahawan Teknologi Komunikasi, untuk pengetahuan anda, setiap pelanggan yang anda dapati melanggan Talian Tetap TM, TM akan memberi anda komisen sebanyak RM 26. Anda perlu sedar, tanpa Talian Tetap TM di rumah, seseorang itu tidak dapat melanggan Streamyx di rumah tersebut. Bermakna, setiap pelanggan baru yang anda dapati, berpotensi melanggan Streamyx. Sementara itu, dengan penerangan yang betul anda mampu mendapatkan pelanggan tersebut melanggan Lets Talk. Bermakna kemungkinan komisen yang lebih besar mampu diperolehi. Saya akan terangkan tentang Lets Talk dengan lebih mendalam di post yang lain.

Ini kisah benar dan berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri. Satu hari, saya telah terjumpa seorang kawan lama, berpangkat Dato di satu majlis perkahwinan. Ketika berjumpa berliau, beliau dalam keadaan tergesa2 hendak pulang ke Kedah. Tetapi apabila terserempak kawan lama, sempat juga kami bersembang. Kami bertanyakan khabar dan seterusnya mengemaskinikan cerita masing-masing. Beliau seorang kontraktor binaan sekarang. Ketika itu, sedang sibuk sekali menyiapkan projek perumahan dan kedai/pejabat di Kedah. Apabila mendengar beliau seorang kontraktor, saya telah memaklumkan peluang yang boleh beliau ambil sekiranyanya beliau menjadi Usahawan Teknologi Komunikasi. Tetapi mungkin dalam suasana kami berbincang serta konsentrasi beliau tidak ada, beliau cuma senyum sahaja. Setelah lebih setahun berlalu, kami terserempak di satu Seminar Usahawan Telekomunikai Antarabangsa di Menara Telekom, Jalan Bangsar, KLumpur. Disitulah beliau menceritakan jumlah kerugian yang beliau alami kerana tidak mengambil peluang menjadi Usahawan Teknologi Komunikasi selama ini. Bayangkan potensi keuntungan yang beliau akan dapat jika memasang sendiri Talian Tetap TM, Streamyx dan Lets Talk bagi setiap rumah dan kedai/pejabat yang beliau bina. Tanpa pengetahuan peluang yang ada sebagai Usahawan Teknologi Komunikasi, Dato tersebut telah menyerahkan bulat-bulat kepada orang lain untuk mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit. Anda bagaimana?

Usahawan Teknologi Komunikasi yang bijak patut mempunyai sasaran berbunyi seperti berikut, 'Bagi setiap 100 pelanggan yang melanggan Talian Tetap TM, pastikan 99 peratus daripada mereka melanggan Streamyx atau Lets Talk'. Anda perlu kaitkan 3 produk ini ketika mendapatkan pelanggan Talian Tetap TM.

Saturday, August 02, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi - Streamyx dan Kad i-Talk TM beri pendapatan lumayan


Usahawan Teknologi Komunikasi, dua produk TM yang telah dibincangkan dan paling senang dijual, iaitu Streamyx dan Kad i-Talk TM ternyata dapat memberi pulangan yang agak lumayan.

Sebenarnya dua minggu lepas saya telah maklumkan tentang peluang berniaga Kad prabayar i-Talk TM dan keuntungan yang boleh anda perolehi. Hari ini saya nak maklumkan satu lagi Kad prabayar i-Talk TM yang dipanggil i-Talk Buddy TM. Kad ini fungsinya sama sahaja dengan i-Talk TM biasa walaupun begitu ianya mampu digunakan menerusi komputer anda.

Memang benar bagi mereka yang biasa bercakap dengan kawan menggunakan komputer ke komputer, fasiliti ini nampaknya biasa sahaja. Tapi i-Talk Buddy ini ada keistimewaan sedikit, kerana ianya boleh memanggil talian telefon tetap ataupun mudah alih (dalam dan luar negara) dari komputer. Caranya ada disertakan di Kad tersebut.

Untuk mengetahi lebih lanjut layari i-Talk Buddy.

Kad prabayar dijual pada harga yang sama seperti Kad i-Talk TM yang biasa dan boleh didapati di TM Point atau ejen-ejen TM. Keuntungan yang boleh diperolehi juga sama seperti Kad i-Talk biasa. Bagi Usahawan Teknologi Komunikasi, ini adalah satu lagi produk yang boleh memberi anda keuntungan yang lumayan. Apa lagi kalau anda berminat berniaga layari Usahawan Telekomunikasi Antarabangsa.

Tuesday, July 29, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi perlu tonik sekali sekala

Kekadang seorang usahawan memerlukan tonik untuk terus memacu laju ke sasaran. Tonik ini ada dalam beberapa bentuk bergantung kepada keperluan. Seperti sedia maklum, sesebuah kereta memerlukan 'top-overhaul' dan 'complete overhaul', dari semasa ke semasa agar sentiasa berfungsi secara optimum. Usahawan juga memerlukannya. Tetapi seperti kereta walaupun dijaga dengan baik, kekadang tayarnya tak semena-mena pancit atau fius lampu rosak. Kalau tidak dibaiki, ternyata kenderaan tersebut tak akan bergerak lancar. Begitulah juga sebagai Usahawan Teknologi Komunikasi (termasuk Usahawan Teknologi Telekomunikasi) anda mungkin memerlukan tonik yang saya maksudkan agar sentiasa segar bergerak tanpa tersekat-sekat.

Saya terjumpa salah satu tonik yang mungkin mampu memberi galakan dan lebih keyakinan kepada bakal-bakal usahawan yang sedang berfikir untuk mencari peluang perniagaan. Kata-kata semangat ini mungkin boleh juga dijadikan inspirasi kepada semua Usahawan termasuk Usahawan Teknologi Komunikasi terutamanya untuk terus berusaha mencapai sasaran.

http://www.simpletruths.com/a.aspx?mo=fjoy&t=2&af=132

Saturday, July 26, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi - Kad Prabayar I-Talk TM - Warga Asing Suka

Sebagai Usahawan Teknologi Komunikasi, anda juga boleh jual kad prabayar (prepaid). Sebenarnya di negara kita ada 3 kad prabayar yang 'popular' dan semua orang tahu iaitu dari Celcom, Maxis dan Digi. Tapi hari ini saya nak bercakap tentang kad prabayar I-Talk dari TM. Sebenarnya kad I-Talk TM cukup terkenal dengan warga asing. Berbeza dengan orang tempatan. Kebanyakan rakyat Malaysia tak tahu pun yang kad I-Talk wujud, walaupun ianya menjimatkan terutama untuk perhubungan panggilan jauh.

Apa sebenarnya kad I-Talk. Kad I-Talk adalah kad prabayar (prepaid) dari TM yang menawarkan penjimatan terbaik tanpa ada sebarang caj tersembunyi. Boleh digunakan dari talian tetap atau bimbit. Malah cajnya lebih murah. Boleh panggil ke luar negara atau dari luar negara ke dalam negara. Boleh digunakan untuk internet. Kad I-Talk tidak memerlukan nama anda di daftar seperti Kad prabayar lain.

Untuk menggunakannya agak mudah. Panduan menggunakannya ada di kad tersebut. Disamping itu panduan yang lebih mendalam (detailed) ada disertakan sekali, setiap kali kita beli kad tersebut. Secara amnya, sebelum digunakan, kita perlu gores kad tersebut untuk dapatkan nombor pin. Kemudian hubungi 1800 87 3535 dan ikuti arahan suara. Semudah itu.

Kad I-Talk dikeluarkan dalam bentuk RM10, RM30 dan RM50. Kita boleh dapatkannya di TMpoint dan ejen-ejen TM.

Setiap kali kita gunakannya, jumlah caj dikira dari kad prabayar tersebut, bukannya dari kad prepaid kita (kalau telefon bimbit pakai prepaid) atau pun akaun tetap kita (kalau kita guna postpaid). Kalau kita guna talian tetap, tidak ada caj tambahan pada talian tersebut. Potongan dikira dari kad prabayar tersebut. Telefon operator 100, untuk mengetahui caj lebih detail. Secara amnya, kalau kita guna I-Talk dari talian tetap untuk memanggil dalam negara, cajnya sama saja untuk panggilan dekat ataupun jauh. Begitu juga dengan telefon bimbit. Untuk panggilan ke luar negara, cajnya adalah berbeza2 dari satu negara ke satu negara. Walaupun begitu, ianya jauh lebih murah dari cara panggilan biasa.

Saya sendiri menggunakannya untuk talian tetap di rumah dan juga di pejabat, disamping di telefon bimbit saya. Ianya sungguh menjimatkan. Bagi yang berniaga dan selalu buat panggilan jauh, kad ini sungguh menjimatkan.

Saya tahu ramai ejen menjual beratus atau ribu kad prabayar ini dalam sebulan. Berapa margin keuntungan mereka, menjual kad ini? Mereka dapat 16% dari setiap kad. Bermakna setiap kad berharga RM10, anda dapat RM1.60. Kalau jual 100 kad, kita boleh dapat RM160. Kalau kita jual 20 kad RM50, kita juga boleh dapat RM160. Tidak hairanlah kalau ada warga asing yang telah menjadi Usahawan Teknologi Komunikasi menjual kad-kad ini pada kawan mereka. Memang mudah untuk menjual kad2 ini. Anda cuma perlu tahu bagaimana nak melakukannya.

Sunday, July 20, 2008

Usahawan Berjaya

Diperhatikan semua Usahawan Berjaya mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa. Dato Dr Fazdilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dalam buku 'Langkah Bijak Usahawan Terbilang' telah pun menyenaraikan 17 sifat-sifat yang ideal yang perlu ada pada seorang usahawan. Salah satu sifat yang disenaraikan oleh mereka ialah 'berkeupayaan untuk bekerja keras'. Kata mereka lagi “seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau 'workaholic'. Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya”. Bak kata pakar pemasaran dan juga motivasi 'Charlie Cook' pula, untuk menjadi seorang Usahawan Berjaya, anda juga perlu 'passionate' akan kerja yang anda lakukan. 'Passionate' mengikut makna kamus Oxford – 'strong feeling or great enthusiasm for'. Kalau diterjermahkan dalam Bahasa Melayu ayat itu berbunyi, 'Seorang Usahawan Berjaya perlu berminat, suka dan mempunyai kecenderungan yang sungguh mendalam akan kerja yang dilakukan.

Untuk menerangkan lebih lanjut maksud 'passionate', Charlie Cook seterusnya telah menceritakan kisah bapa beliau yang begitu 'passionate' akan kerjanya. Dalam kes bapanya yang bekerja makan gaji sebagai seorang Doctor (Pegawai Perubatan) tidak pernah merungut berkenaan kerja lebih masa. Malah katanya, walaupun semasa tidak diperlukan oleh pihak hospital, beliau akan tetap berada di pejabatnya atau melawat pesakitnya. Walaupun hari itu hari minggu atau pun hari tidak bekerja. Sekarang bapanya yang sudah berumur 83 tahun dan telah pencen, masih tetap membaca jurnal-jurnal perubatan. Begitulah mendalamnya minat dan kecenderungan bapanya dalam bidang perubatan.

Dengan demikian, kita boleh rumuskan juga, seorang Usahawan Teknologi Komunikasi jika ingin berjaya, beliau mestilah berminat dan mempunyai kecenderungan yang sungguh mendalam dalam bidang yang di ceburi dan sanggup bekerja kuat dan bersungguh-sungguh agar mencapai matlamatnya.


Tuesday, July 15, 2008

Streamyx Discount - Usahawan Dapat Durian Runtuh


Setiap kali Streamyx diiklankan, rakyat akan sentiasa menunggu dengan penuh debaran. Mana tidak. Ada saja kejutan. Bonanza sana, bonanza sini. Memang benar, masih ramai yang belum mempunyai streamyx. Statistik menunjukkan tidak sampai 15 peratus rakyat Malaysia mempunyai streamyx di rumah. Banyak sebab kenapa masih ramai tidak mempunyainya. Salah satu darinya ialah menunggu tawaran yang sesuai.

Saya masih ingat, mula-mula TM keluarkan produk internet hanya secara 'dial-up'. Punyalah seronok saya semasa tu. Lambat pun tak apa. Janji dapat lihat dunia luar. Tiba-tiba TM keluarkan internet model baru dipanggil Streamyx. Ianya dikatakan lebih pantas. Streamyx ini, kita tekan saja butang, terus dapat maklumat yang kita hendak. Tidaklah seperti 'dial-up', kekadang secawan kopi dah habis, download tidak selesai lagi. Semasa tu saya tak tahu pun apa yang buat streamyx itu cepat atau pun lambat. Saya pun mohon lah. Tapi TM kata tempat saya tidak ada 'line'. 'Frust' tak terkata. Mana tidak, kepantasan streamyx sungguh menakjubkan jika dibandingkan dengan 'dial-up'. Tapi, saya tak pernah putus asa untuk dapatkan Streamyx. Ada masa saja saya akan ke Kedai Telekom untuk mengetahui perkembangan streamyx di kawasan saya. Syukur, Alhamdulillah, akhirnya tempat saya dapat menerima Streamyx. Berebutlah orang di tempat saya pergi ke TM Point memohon perkhidmatan Streamyx. Sejak hari itu, streamyx sudah banyak berubah. Tawaran demi tawaran dikeluarkan. Orang ramai pula tidak lagi perlu ke TM Point untuk dapatkan streamyx. TM telah membuka peluang untuk orang ramai menjual streamyx bagi pihak TM. Malah, seperti durian runtuh, Usahawan Teknologi Komunikasi telah mendapat peluang menjadi Usahawan Streamyx. Mulai saat itu, permohonan untuk mendapatkan streamyx menjadi lebih mudah.

Tahukah anda setiap kali TM buat promosi 'streamyx discount', setiap kali itulah Usahawan Streamyx mendapat durian runtuh. Ini adalah disebabkan lebih ramai pelanggan akan melanggani streamyx yang mendapat 'discount' ini. Sebagai Usahawan Teknologi Komunikasi, penjualan streamyx adalah sebahagian dari punca pendapatan mereka. Untuk pengetahuan anda, pendapatan dalam bidang telekomunikasi dinegara ini saja melebihi RM30 billion setahun. Kenapa tidak gunakan peluang yang ada untuk meraih pendapatan yang lumayan dari bidang ini? Mengapa anda tidak mencubanya? Untuk mengetahui lebih lanjut layari laman ini USAHAWAN TELEKOMUNIKASI ANTARABANGSA.

Thursday, July 10, 2008

Sifat Seorang Usahawan

Wahai semua Usahawan Teknologi Komunikasi. Ada berita baik untuk anda. Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang tidak asing bagi kita sebagai Pakar Motivasi yang tersohor di negara ini dan begitu juga dengan Muhammad Zakaria seorang Perunding Motivasi dan Master Trainer telah menghasilkan sebuah buku. Buku tersebut, Langkah Bijak Usahawan Terbilang, patut dibaca bukan saja oleh bakal-bakal usahawan tetapi oleh semua orang. Walaupun jika anda tidak berminat untuk berniaga, buku ini mampu memberi anda ilmu yang dapat meningkatkan pengetahuan anda dalam bidang keusahawanan. Saya juga bersetuju, buku ini dijadikan sebagai buku rujukan dalam kursus-kursus keusahawanan dan perniagaan. Buku ini sepatutnya berada di setiap perpustakaan dalam negara baik di sekolah, universiti maupun di perpustakaan awam. Dipersembahkan dalam bahasa dan cara yang senang difahami. Bagi bakal-bakal usahawan anda wajib membeli dan membaca buku ini.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dalam, Langkah Bijak Usahawan Terbilang ini, telah mempersembahkan ilmu yang patut setiap usahawan ketahui. Malah buku ini telah menjawab banyak persoalan yang selalu dicari-cari oleh usahawan sendiri. Misalnya buku ini telah menyenaraikan 17 sifat keperibadian yang harus ada pada seseorang Usahawan yang Ideal. Walaupun di sini saya hanya sertakan 10 sifat-sifat secara ringkas, 7 lagi saya sengaja tinggalkan kerana saya hendak anda sendiri membaca buku tersebut keseluruhannya. Sepuluh sifat yang saya maksudkan adalah:
  1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat.
  2. Memandang masa hadapan dengan jelas.
  3. Berkeupayaan bekerja keras.
  4. Berfikiran positif.
  5. Berani membuat keputusan.
  6. Pandai mengatur strategi.
  7. Berani mengambil risiko.
  8. Mempunyai daya kepimpinan.
  9. Sikap bertanggungjawab.
  10. Berorientasikan ganjaran atau habuan.
Sementara itu, buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang ini juga telah menyenaraikan 21 punca usahawan yang bermasalah. Saya hanya sertakan 10 punca usahawan bermasalah secara ringkas saja seperti berikut:
  1. Ingkar perintah Allah, nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua dan nasihat orang yang lebih berpengalaman.
  2. Tidak beramal dengan ilmu
  3. Matlamat tidak jelas.
  4. Silap kawan.
  5. Jiwa rapuh.
  6. Nak cepat kaya.
  7. Sifat malas.
  8. Kurang usaha.
  9. Penampilan diri kurang karismatik.
  10. Tidak berdisiplin.
Terima kasih juga kepada penerbit buku ini, Telaga Biru Sdn Bhd. Kata Penerbit, "Perkara pokok yang ingin diperkatakan dalam ruangan kata penerbit ini ialah mengakui kekuasaan Allah s.w.t yang menganugerah kesihatan, nyawa dan kekayaan kepada para usahawan". Sebagai ingatan wahai usahawan anda perlu beriman, beramal dan beretika.

Saturday, July 05, 2008

Pembentukan Sifat Usahawan Penting

Sifat Usahawan boleh di bentuk. Lagi awal lagi baik. Kalau boleh seawal rebung masih senang dilentur. Saya terbaca sebuah kisah seorang kanak-kanak yang berjaya membuka pintu hati seorang Blogger kita. Secara ringkasnya ceritanya begini.

Dalam perjalanan pulang Blogger kita dari Kampung, beliau telah singgah di sebuah kedai makan. Sementara menunggu hidangannya, datang seorang kanak-kanak menghampiri beliau untuk cuba menjual kuihnya. Tapi memandangkan sudah memesan makanannya, beliau terpaksa menggeleng. Sambil berlalu pergi, Blogger kita perasan, kanak-kanak tersebut singgah ke meja lain dan menanya soalan yang sama. Tidak kenal penat dan tidak pernah putus asa. Begitulah gigihnya kanak-kanak kecil ini menjual kuihnya. Pantang saja ada pelanggan melintas depannya, kanak-kanak tersebut akan hampiri dan cuba menjual kuihnya. Tanpa segan silu tapi dengan penuh kesopanan dan keikhlasan. Habis saja Blogger kita makan, kanak-kanak tadi datang lagi dan menanyakan soalan yang sama. Sambil menepuk perutnya, kali ini Blogger kita kata beliau dah kenyang. Kanak-kanak itu pun beredar dari meja dan berdiri di kaki lima kedai tersebut menunggu pelanggan lain. Ketika ini, Blogger kita mula rasa kagum dengan sifat kecekalan kanak-kanak ini, walaupun merasai kasihan akan nasibnya.

Selepas bayar, Blogger kita pun kembali ke kereta untuk teruskan perjalanan beliau. Sebelum hidupkan enjin kereta, beliau betulkan posisi kedudukannya. Tapi, belum sempat menutup pintu, kanak-kanak tadi sudah berdiri ditepi pintu keretanya. Dengan senyuman yang meleret, sekali ini beliau tanya "Abang tak ingin belikan kuih untuk anak, adik atau pun ibu bapa Abang?" Sekali lagi, Blogger kita geleng kepala tapi dengan penuh insaf beliau hulurkan duit dan berkata "Abang sedekah". Dengan senyuman yang manis, beliau ambil duit tersebut dan kata terima kasih. Lalu beredar dari situ.

Tapi, alangkah terkejutnya Blogger kita semasa hendak mengundurkan kereta, beliau ternampak kanak-kanak kecil ini menghulurkan duit tadi kepada seorang peminta sedekah yang cacat. Dengan pantas beliau matikan enjin dan terus panggil kanak-kanak tadi dan bertanyakan kenapa beliau beri duit tersebut kepada orang lain. Dengan tenang kanak-kanak ini jawab, "Ibu saya marah kalau saya mengemis. Ibu kata, kita perlu bekerja mencari nafkah kerana tuhan telah kurniakan kita cukup sifat. Kalau Ibu nampak duit lebih dari jualan, beliau akan tahu dan memarahi saya. Mengemis kerja orang yang tidak berupaya, Abang".

Terkejut tapi sebak dengan kelancaran dan secara spontan jawapan kanak-kanak ini. Blogger kita terus bertanyakan harga ke semua kuih dalam bakul kanak-kanak tadi dan terus membayarnya. Blogger kita rasa terharu, kagum dengan sikap dan sifat mulia yang telah ditunjukkan oleh kanak-kanak sekecil ini, sepanjang beliau berada di kedai untuk makan. Selain kejujuran dari kata-katanya tadi, kanak-kanak ini telah menunjukan bertapa penting anugerah tuhan kepada umatnya. "Beliau mungkin sedang dididik untuk menjadi seorang Usahawan" kata dalam hati Blogger kita. Lebih mengkagumkan lagi ialah keupayaan asuhan oleh Ibu Bapanya dalam membentuk kesemua nilai-nilai murni ini.

Disini bolehlah kita rumuskan, seorang Usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanannya untuk berjaya. Dari kecil jika dibentuk untuk melaksanakan perkara yang betul, insha allah, kejayaanlah yang akan kita kecapi. Untuk yang lebih dewasa bak kata Brian Tracy, "Success is not an accident. Failure is not an accident either. Infact, success is predictable. It leaves tracks. If you do what other successful people do, over and over again, nothing in the world can stop you from eventually getting the same results that they do. And if you don't, nothing can help you".

Wahai Usahawan Teknologi Komunikasi, kita hanya perlu ikut cara orang yang telah berjaya. Peluang sudah ada. Apa lagi? Jangan hanya sibuk cari alasan sedangkan orang lain sedang sibuk buat duit.

Wednesday, July 02, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi - Streamyx - top 20 grap all


Apakah Usahawan Streamyx sudah tepu? Berapa ramai Usahawan Streamyx yang kita ada? Disamping itu, statistik menunjukkan tak sampai 15 peratus rakyat Malaysia ada internet di rumah. Sementara itu, Kerajaan berharap 50 peratus rakyatnya dapat menikmati penggunaan internet pada tahun 2010. Bukankah ini semuanya menunjukkan potensi penjualan Streamyx masih sangat tinggi lagi. Saya melihat mereka yang war-war mengatakan Usahawan Streamyx sudah tepu hanya bertujuan untuk membolot peluang penjualan untuk mereka sendiri saja. Dengan berkata sedemikian, bakal usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang yang sama, akan rasa tawar hati untuk meneruskan niat masing-masing.

Nak jual streamyx tak lah susah sangat. Rakyat Malaysia semuanya dah tahu. TM tak sudah-sudah buat promosi. Tapi dengarnya, bagi mereka yang sudah berkecimpung ramai juga kecundang. Mengapa? Banyak sebab kalau nak diulas tapi saya cuma nak petik kata-kata dari Brian Tracy, dalam bukunya The Psychology of Selling, "The top 20% of salepeople earn 80% of the money. The top 5% or 10% of salepeople earn vastly more than that. Invest whatever amount of time is necessary; pay any price; go any distance, make any sacrifice to become the very best at what you do. Commit to excellence. Join the top 10%." Ya, kita ni kena aggresif sikit bila menjual. Buat gila - gila sikit. Perlu buat lebih dari orang lain boleh buat. Mari kita lihat saja bagaimana orang di tempat saya jual surat khabar.

Di taman tempat saya tinggal cuma ada 10 kedai. Ada 2 kedai makan, 1 pasar basah, 5 kedai runcit, 1 cyber cafe, dan 1 kedai jahitan. Lima dari kedai ini juga menjual surat khabar. Dari 5 kedai yang menjual surat khabar ini, 4 adalah kedai mamak dan 1 adalah kedai Melayu. Setiap dari mereka mempunyai strategi masing2. Berlumba-lumba mereka cuba menjualnya. Kalau naik kereta, kita tak payah turun. Buka saja tingkap kereta, mereka akan bawa semua surat khabar dan kita boleh pilih dari dalam kereta kita. Bila kita bayar, mereka dah siap duit kecil untuk pulangkan lebihan bayaran tadi. Memang selesa bila beli surat khabar. Tapi perkhidmatan ini sampai tengah hari saja kerana surat khabar mereka dah habis bila sampai ketika itu. Kecuali satu kedai ni. Datanglah pukul berapa pun, mesti ada surat khabar yang dicari. Bukan sebab beliau banyak stok tapi sikap usahawannya yang masih ditakuk lama. Mana tidak. Sedang yang lain cuba menjual sebelum pelanggan sampai ke kedai, yang seorang ni duduk dalam kedai menunggu pelanggan datang. Yang sedihnya tu, bila nak beli surat khabar disebelah pagi, acapkali pula tidak ada duit kecil untuk tukar. Macam mana nak bantu beliau, sebab beliau sendiri buta hatinya. Oh ya, sebenarnya tak payah ke kedai untuk beli surat khabar, sebab ada orang yang hantar kat rumah. Tapi kita boleh agak sudah tentu bukan usahawan yang masih di takuk lama tadi.

Berbalik kepada menjual Streamyx tadi, pernah tengok mereka yang jual streamyx kat Plaza Low Yat. Betapa aggresifnya mereka. Dengan risalah ditangan, mereka akan terus hampiri pelanggan yang lalu lalang di kawasan mereka. Yang tak berapa pandai berbahasa Melayu tetap juga mencuba dapatkan pelanggan Melayu. Tidak nampak langsung segan silu dalam melaksanakan tugas mereka. Walaupun kadang kali kita dapat lihat reaksi orang yang dihampiri, memberi pandangan yang sudah tentu mematikan semangat ramai usahawan untuk terus berniaga.

Tengok saja rancangan dan program realiti perniagaan di TV, seperti "The Apprentice" dan yang lain2, bagaimana setiap peserta perlu lakukan untuk menang. Bukan saja strategi dan perancangan mesti hebat tetapi perlaksanaan perancangan mesti juga hebat.

Monday, June 30, 2008

Usahawan Streamyx - Untung Memang Lumayan



Berapa agaknya gaji seorang graduan yang tidak ada pengalaman bekerja? RM1500 sebulan sudah dianggap tinggi kerana masih terlalu ramai yang belum ada pekerjaan walaupun sudah menunggu hampir 2 tahun. Berapa pula kepada yang tidak berjaya ke Universiti?

Pernah tengok orang jual streamyx depan bank, tepi jalan, dalam pasar raya? Saya pernah lihat ada yang datang ketuk pintu dari rumah ke rumah. Malah kita boleh lihat mereka ini di merata tempat. Tapi saya pertama kali dengar, seorang rakan perempuan (bersekolah hingga ke tingkatan 5 saja) yang telah berjaya menjual 3 streamyx walaupun semasa itu beliau sedang dirawat dalam hospital selama 2 hari. Kalau gitu, bermakna taklah susah sangat jual streamyx ni.

Tahu tak, ada yang boleh dapat sehingga RM250 untuk satu streamyx? Itu baru satu streamyx. Kalau orang sakit dalam hospital boleh jual 3 streamyx dalam masa 2 hari, kita yang sihat tentu boleh lebih dari itu. Ya tak? Bayangkan kita bekerja 25 hari sebulan dari 8 pagi hingga 4.30 ptg, dapat RM250 setiap hari jual hanya satu streamyx. Bersamaan dgn RM250 x 25 = RM6250. Itu kalau kita jual satu tapi kalau boleh dapat 5 streamyx satu hari. Camno? RM250 x 5 x 25 = RM31,250. Kalau kita gajikan 10 graduan untuk dapatkan 5 streamyx setiap hari dan bayar RM1500 sebulan setiap orang, itu baru RM15000 sebulan. Bermakna kita tetap masih untung RM16250. Itu untuk streamyx kepada pengguna dirumah. Kalau untuk korporat, komisennya lagi tinggi.

Wahai Bakal Usahawan,

Kalau nak jadi Usahawan berjaya perlu berusaha.
Duduk diam saja tidak akan kemana.

Hati dan jiwa perlu kental dan meronta-ronta.

Kerana halangan tetap ada.


Ilmu perniagaan perlu sentiasa dicari.
Pengalaman berniaga penting kalau nak tahu.
Usahawan mesti ada matlamat sendiri.

Agar tahu arah hendak dituju.

Perancangan dan strategi memang membantu.
Tapi yang lebih penting tindakannya itu.
Usahawan tidak boleh mengalah.

Kena buat apa saja yang perlulah.

Wednesday, June 25, 2008

Menjadi Usahawan Teknologi Komunikasi

Teknologi Komunikasi dikatakan paling kuat mempengaruhi cara hidup seharian kita. Malah teknologi ini juga dikatakan paling pesat berkembang. Tanpa Teknologi Komunikasi yang seiring dengan negara maju, Malaysia tidak mungkin akan diklasifikasikan sebagai negara maju. Tanpa Teknologi Komunikasi terkini, negara akan ketinggalan kemampuan menggunakan informasi yang tepat, cepat dan paling berkesan. Tidak dapat dibayangkan impak kepada negara ini, sekiranya Malaysia tidak mampu menggunakan satelit, internet, telefon, TV, radio, komputer dan yang lain-lain. Bayangkan kita hidup pada zaman Kegemilangan Melaka dahulu yang hanya mengetuk beduk untuk memaklumkan raayat Melaka, negara sedang diserang.

Dengan lain perkataan, menjadi Usahawan dalam bidang Teknologi Komunikasi adalah satu keputusan bijak kerana bidang ini akan terus berkembang pesat. Berikut adalah beberapa laman web yang dapat memberi gambaran peluang-peluang yang ada untuk anda: