Saturday, July 26, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi - Kad Prabayar I-Talk TM - Warga Asing Suka

Sebagai Usahawan Teknologi Komunikasi, anda juga boleh jual kad prabayar (prepaid). Sebenarnya di negara kita ada 3 kad prabayar yang 'popular' dan semua orang tahu iaitu dari Celcom, Maxis dan Digi. Tapi hari ini saya nak bercakap tentang kad prabayar I-Talk dari TM. Sebenarnya kad I-Talk TM cukup terkenal dengan warga asing. Berbeza dengan orang tempatan. Kebanyakan rakyat Malaysia tak tahu pun yang kad I-Talk wujud, walaupun ianya menjimatkan terutama untuk perhubungan panggilan jauh.

Apa sebenarnya kad I-Talk. Kad I-Talk adalah kad prabayar (prepaid) dari TM yang menawarkan penjimatan terbaik tanpa ada sebarang caj tersembunyi. Boleh digunakan dari talian tetap atau bimbit. Malah cajnya lebih murah. Boleh panggil ke luar negara atau dari luar negara ke dalam negara. Boleh digunakan untuk internet. Kad I-Talk tidak memerlukan nama anda di daftar seperti Kad prabayar lain.

Untuk menggunakannya agak mudah. Panduan menggunakannya ada di kad tersebut. Disamping itu panduan yang lebih mendalam (detailed) ada disertakan sekali, setiap kali kita beli kad tersebut. Secara amnya, sebelum digunakan, kita perlu gores kad tersebut untuk dapatkan nombor pin. Kemudian hubungi 1800 87 3535 dan ikuti arahan suara. Semudah itu.

Kad I-Talk dikeluarkan dalam bentuk RM10, RM30 dan RM50. Kita boleh dapatkannya di TMpoint dan ejen-ejen TM.

Setiap kali kita gunakannya, jumlah caj dikira dari kad prabayar tersebut, bukannya dari kad prepaid kita (kalau telefon bimbit pakai prepaid) atau pun akaun tetap kita (kalau kita guna postpaid). Kalau kita guna talian tetap, tidak ada caj tambahan pada talian tersebut. Potongan dikira dari kad prabayar tersebut. Telefon operator 100, untuk mengetahui caj lebih detail. Secara amnya, kalau kita guna I-Talk dari talian tetap untuk memanggil dalam negara, cajnya sama saja untuk panggilan dekat ataupun jauh. Begitu juga dengan telefon bimbit. Untuk panggilan ke luar negara, cajnya adalah berbeza2 dari satu negara ke satu negara. Walaupun begitu, ianya jauh lebih murah dari cara panggilan biasa.

Saya sendiri menggunakannya untuk talian tetap di rumah dan juga di pejabat, disamping di telefon bimbit saya. Ianya sungguh menjimatkan. Bagi yang berniaga dan selalu buat panggilan jauh, kad ini sungguh menjimatkan.

Saya tahu ramai ejen menjual beratus atau ribu kad prabayar ini dalam sebulan. Berapa margin keuntungan mereka, menjual kad ini? Mereka dapat 16% dari setiap kad. Bermakna setiap kad berharga RM10, anda dapat RM1.60. Kalau jual 100 kad, kita boleh dapat RM160. Kalau kita jual 20 kad RM50, kita juga boleh dapat RM160. Tidak hairanlah kalau ada warga asing yang telah menjadi Usahawan Teknologi Komunikasi menjual kad-kad ini pada kawan mereka. Memang mudah untuk menjual kad2 ini. Anda cuma perlu tahu bagaimana nak melakukannya.