Sunday, July 20, 2008

Usahawan Berjaya

Diperhatikan semua Usahawan Berjaya mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa. Dato Dr Fazdilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dalam buku 'Langkah Bijak Usahawan Terbilang' telah pun menyenaraikan 17 sifat-sifat yang ideal yang perlu ada pada seorang usahawan. Salah satu sifat yang disenaraikan oleh mereka ialah 'berkeupayaan untuk bekerja keras'. Kata mereka lagi “seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau 'workaholic'. Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya”. Bak kata pakar pemasaran dan juga motivasi 'Charlie Cook' pula, untuk menjadi seorang Usahawan Berjaya, anda juga perlu 'passionate' akan kerja yang anda lakukan. 'Passionate' mengikut makna kamus Oxford – 'strong feeling or great enthusiasm for'. Kalau diterjermahkan dalam Bahasa Melayu ayat itu berbunyi, 'Seorang Usahawan Berjaya perlu berminat, suka dan mempunyai kecenderungan yang sungguh mendalam akan kerja yang dilakukan.

Untuk menerangkan lebih lanjut maksud 'passionate', Charlie Cook seterusnya telah menceritakan kisah bapa beliau yang begitu 'passionate' akan kerjanya. Dalam kes bapanya yang bekerja makan gaji sebagai seorang Doctor (Pegawai Perubatan) tidak pernah merungut berkenaan kerja lebih masa. Malah katanya, walaupun semasa tidak diperlukan oleh pihak hospital, beliau akan tetap berada di pejabatnya atau melawat pesakitnya. Walaupun hari itu hari minggu atau pun hari tidak bekerja. Sekarang bapanya yang sudah berumur 83 tahun dan telah pencen, masih tetap membaca jurnal-jurnal perubatan. Begitulah mendalamnya minat dan kecenderungan bapanya dalam bidang perubatan.

Dengan demikian, kita boleh rumuskan juga, seorang Usahawan Teknologi Komunikasi jika ingin berjaya, beliau mestilah berminat dan mempunyai kecenderungan yang sungguh mendalam dalam bidang yang di ceburi dan sanggup bekerja kuat dan bersungguh-sungguh agar mencapai matlamatnya.