Wednesday, July 02, 2008

Usahawan Teknologi Komunikasi - Streamyx - top 20 grap all


Apakah Usahawan Streamyx sudah tepu? Berapa ramai Usahawan Streamyx yang kita ada? Disamping itu, statistik menunjukkan tak sampai 15 peratus rakyat Malaysia ada internet di rumah. Sementara itu, Kerajaan berharap 50 peratus rakyatnya dapat menikmati penggunaan internet pada tahun 2010. Bukankah ini semuanya menunjukkan potensi penjualan Streamyx masih sangat tinggi lagi. Saya melihat mereka yang war-war mengatakan Usahawan Streamyx sudah tepu hanya bertujuan untuk membolot peluang penjualan untuk mereka sendiri saja. Dengan berkata sedemikian, bakal usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang yang sama, akan rasa tawar hati untuk meneruskan niat masing-masing.

Nak jual streamyx tak lah susah sangat. Rakyat Malaysia semuanya dah tahu. TM tak sudah-sudah buat promosi. Tapi dengarnya, bagi mereka yang sudah berkecimpung ramai juga kecundang. Mengapa? Banyak sebab kalau nak diulas tapi saya cuma nak petik kata-kata dari Brian Tracy, dalam bukunya The Psychology of Selling, "The top 20% of salepeople earn 80% of the money. The top 5% or 10% of salepeople earn vastly more than that. Invest whatever amount of time is necessary; pay any price; go any distance, make any sacrifice to become the very best at what you do. Commit to excellence. Join the top 10%." Ya, kita ni kena aggresif sikit bila menjual. Buat gila - gila sikit. Perlu buat lebih dari orang lain boleh buat. Mari kita lihat saja bagaimana orang di tempat saya jual surat khabar.

Di taman tempat saya tinggal cuma ada 10 kedai. Ada 2 kedai makan, 1 pasar basah, 5 kedai runcit, 1 cyber cafe, dan 1 kedai jahitan. Lima dari kedai ini juga menjual surat khabar. Dari 5 kedai yang menjual surat khabar ini, 4 adalah kedai mamak dan 1 adalah kedai Melayu. Setiap dari mereka mempunyai strategi masing2. Berlumba-lumba mereka cuba menjualnya. Kalau naik kereta, kita tak payah turun. Buka saja tingkap kereta, mereka akan bawa semua surat khabar dan kita boleh pilih dari dalam kereta kita. Bila kita bayar, mereka dah siap duit kecil untuk pulangkan lebihan bayaran tadi. Memang selesa bila beli surat khabar. Tapi perkhidmatan ini sampai tengah hari saja kerana surat khabar mereka dah habis bila sampai ketika itu. Kecuali satu kedai ni. Datanglah pukul berapa pun, mesti ada surat khabar yang dicari. Bukan sebab beliau banyak stok tapi sikap usahawannya yang masih ditakuk lama. Mana tidak. Sedang yang lain cuba menjual sebelum pelanggan sampai ke kedai, yang seorang ni duduk dalam kedai menunggu pelanggan datang. Yang sedihnya tu, bila nak beli surat khabar disebelah pagi, acapkali pula tidak ada duit kecil untuk tukar. Macam mana nak bantu beliau, sebab beliau sendiri buta hatinya. Oh ya, sebenarnya tak payah ke kedai untuk beli surat khabar, sebab ada orang yang hantar kat rumah. Tapi kita boleh agak sudah tentu bukan usahawan yang masih di takuk lama tadi.

Berbalik kepada menjual Streamyx tadi, pernah tengok mereka yang jual streamyx kat Plaza Low Yat. Betapa aggresifnya mereka. Dengan risalah ditangan, mereka akan terus hampiri pelanggan yang lalu lalang di kawasan mereka. Yang tak berapa pandai berbahasa Melayu tetap juga mencuba dapatkan pelanggan Melayu. Tidak nampak langsung segan silu dalam melaksanakan tugas mereka. Walaupun kadang kali kita dapat lihat reaksi orang yang dihampiri, memberi pandangan yang sudah tentu mematikan semangat ramai usahawan untuk terus berniaga.

Tengok saja rancangan dan program realiti perniagaan di TV, seperti "The Apprentice" dan yang lain2, bagaimana setiap peserta perlu lakukan untuk menang. Bukan saja strategi dan perancangan mesti hebat tetapi perlaksanaan perancangan mesti juga hebat.