Friday, January 30, 2009

Usahawan - Bioqueen Bukan Ganja atau Cannabis Marijuana

Usahawan Teknologi Komunikasi, saudara dan saudari sekalian. Produk Bioqueen Malaysia yang dimaksudkan bukan ganja atau cannabis marijuana seperti yang tertera dalam web-web carian. Nampaknya di negara barat jenama Bioqueen begitu popular dengan penagih marijuana.

Tapi di Malaysia produk itu tidak ada kena mengena dengan dadah. Saya difahamkan nama tersebut dipilih berasaskan kepada kehebatan produk tersebut. Produk ini dikatakan sebagai sebuah produk yang terbaik bagi wanita (yolah tuu - masuk bakul angkat sendiri). Boleh diibaratkan seperti Ratu Produk Bagi Semua Produk Wanita. Wowwww. Hebat betul produk ini, sampai diibaratkan Ratu produk-produk wanita. Kalau nak tahu betul atau tidak, cubalah.

Dengar khabar memang hebat. Mereka yang dah pakai, datang semula untuk membelinya lagi. Ada yang ingin nak jadi pengedar dan stokis. Mana tidak, sendiri dah pakai tentulah tahu kehebatannya. Jika dilihat bagaimana larisnya produk tersebut di peringkat antarabangsa, tidak ada sebab mengapa produk ini tidak boleh laris di Malaysia. Lihat saja di Indonesia. Produk herba mereka beraneka jenis dan banyak yang terkenal, tapi Bioqueen (produk yang sama atas jenama lain) ini sudah terjual melebihi 24 juta kotak. Bayangkan kepercayaan yang diberikan oleh wanita Indonesia terhadap produk ini selepas menggunakannya. Ayuh cepat-cepat ambil tindakan. Jangan terlepas pandang nanti terlepas peluang.